Saturday, September 25, 2010

Putus ~ Melda Ahmad

aku duduk sendirian di kamarku,
menangis kesepian kernamu,
kau tinggalkan aku,
kau cari yang len,
tergamakmu merobek hatiku.

aku duduk sendirian di kamarku,
menangis kesepian kernamu,
kau tinggalkan aku,
kau cari yang len,
tergamakmu merobek hatiku.

tapi setelah kau pegi aku
mendapat lebih baik drmu,
dia hargai aku,
dia sygi aku
lebih drpdmu,
aku ingin kau tahu betapa ku gembira,
tidak lg bersamamu,
namun pastinyer nnt kau akan sedari,

yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku….

Tuesday, September 21, 2010

Ceritera Kau & Aku

Pagi tadi ada perhimpunan khas sempena persaraan lecturer Jabatan Agama Islam dan Moral, Encik Kamaludin. Boring dengar ucapan encik tu aku pun tulis ar bende nie...idea terlintas dalam fikiran secara spontan akibat terlalu bosan dan mengantuk.

CeRiTeRa kAu & aKu

Kau yang pertama
Kau yang utama
Kaulah permata
Dihati diminda

Sinar cinta
Sirna dosa
Bahagia dunia
Hanya sementara

Langit tak selalu cerah
Hidup tak selalu indah
Baru bermula berakhir sudah
Terlerai kasih oleh fitnah

Aku terlalu setia
Kau terlalu curiga
Aku merasa kecewa
Kau merasa hampa

Kini kau sedang bahagia
Aku masih mencari cinta
Jika jodohmu dengan dirinya
Aku doakan kalian bahagia

Parut luka lama terbuka
Dijahit rasa hampa lara
Andai itulah takdirNya
Aku pasrahkan segala-galanya



Sunday, September 19, 2010



Hahaha...Hari Raya Aidilfitri tahun nie temanya BIRU...
Bagi aku raya kali nie best ar jugak coz dpt beraya d rumah beberapa kwn mase form 4& 5 dulu...
lama gak ar x jumpe diorang.
Then yg menyakitkan pon ade gak
1-
Saudara mara aku ramai datang rumah aku n tuk aku tahun nie...
maknanyer byak ar pinggan mangkuk n segala bende lg yg aku berlu cuci.
2-
Aku terpaksa dengar cerita pasal ex aku coz kwn2 aku yg sememangnya suka bercerita n bergosip jadikan ex aku tu bahan cerita disamping cerita2 hot yg lain.
3-
Cuti kejap sangat...Aku rasa mcm nk cuti sebulan coz assgmnt x siap lagi tp dh nk kena submit lps cuti raya. Cuti raya pon 2 minggu je.

Cerita pasal ex aku tu...
Nak kata aku happy.... x juga.
Nak kata aku sedih pon....x juga.
Nak kata aku jelous....mmg x pon.
Nak kata aku terasa hati....yea ckit kot.

Ex aku dpt couple baru yg d cadangkan oleh Izzat, bdk yg menjadi penghasut dlm hubungan kami dulu smpai aku putuskan hubungan kami.
Yg kelakarnyer minah tu pendek giler...mcm kelakar ar pulak tgk dia dgn ex aku tu coz ex aku tu tinggi ar jugak.
Then diorang cakap minah tu jenis kuat cemburu. Pernah serang member sekelas ex aku tu coz gambar ape ntah. Kiranyer org lain x leh rapat ar dgn buah hati dia.
Yg bestnyer minah tu kongkong dia.
Yg buat aku terasa hati ckit tu sbb minah tu skarag duk kt uitm mana ntah. Jauh ar dr ex aku tu.
Keadaannya sama mcm ex aku dgn aku dulu. Dia kt Kedah aku kt Pahang.
But why they still together?
Coz x de org jadi BATU API dlm hubungan diorg...maklumlah si batu api tu yg kenalkan diorang.
Ish2...
Tapi mungkin ex aku sangat bahagia dgn awek baru dia tu coz minah tu mungkin memenuhi citarasanya...
Kalau dgn aku dulu laen sgt2...
beza mcm bumi dgn langit.
Aku bukan jenis yg pandai pujuk org kalau org merajuk dgn aku.
Aku bukan jenis yg mudah di bawa ke sana ke sini.
Aku nie bukan jenis yg suka bermanja, bersayang-sayang, berpengangan tangan...
Aku nie closed minded kot..kuno..
So...
walau apa pon
aku doakan jodoh diorg berpanjangan ke jinjang pelamin
n
ex aku tu bahagia & x ganggu hidup aku lg


Friday, September 3, 2010

Alhamdulillah

Aku akhirnya berbaik-baik semula dgn kwn2 aku selepas beberapa hari. Benar kata Alif "beralah bukan bererti kalah".

Ego dan emosi aku mengaburi tindakan dan akal. Hati yg sakit kalau dituruti buruk padahnya.

Kawan ada pelbagai jenis kawan. Banyak cara kita berkawan dgn org lain.

Salah satunya bertolak-ansur dan memahami kehendak kawan kita. Kadang2 kita perlu beralah untuk memenuhi keperluan itu. Kadang2 kita sakit hati dgn kehendak/perbuatan kawan kita. Tapi hakikatnya kalau x de semua tu x menariklah sebuah persahabatan...

Terima kasih Jaa, Ely dan Along. Harap selepas nie kita akan lebih bertolak-ansur. I'll try fulfill ur wish if i can. If i can't fulfill ur wish, hope u all understand...

Friends till our destiny as friends end....