Tuesday, September 21, 2010

Ceritera Kau & Aku

Pagi tadi ada perhimpunan khas sempena persaraan lecturer Jabatan Agama Islam dan Moral, Encik Kamaludin. Boring dengar ucapan encik tu aku pun tulis ar bende nie...idea terlintas dalam fikiran secara spontan akibat terlalu bosan dan mengantuk.

CeRiTeRa kAu & aKu

Kau yang pertama
Kau yang utama
Kaulah permata
Dihati diminda

Sinar cinta
Sirna dosa
Bahagia dunia
Hanya sementara

Langit tak selalu cerah
Hidup tak selalu indah
Baru bermula berakhir sudah
Terlerai kasih oleh fitnah

Aku terlalu setia
Kau terlalu curiga
Aku merasa kecewa
Kau merasa hampa

Kini kau sedang bahagia
Aku masih mencari cinta
Jika jodohmu dengan dirinya
Aku doakan kalian bahagia

Parut luka lama terbuka
Dijahit rasa hampa lara
Andai itulah takdirNya
Aku pasrahkan segala-galanya



No comments: